Malaysia Oversight

Guru tikam anak dengan pisau direman 7 hari

By MkiniBM in May 4, 2025 – Reading time 1 minute
Guru tikam anak dengan pisau direman 7 hari


Seorang guru lelaki yang disyaki menikam anak lelakinya sebanyak dua kali menggunakan pisau pemotong sayur di Pasir Mas semalam, direman tujuh hari bermula hari ini.

Perintah reman terhadap suspek berumur 47 tahun itu dikeluarkan majistret Ahmad Syafiq Aizat Nazri di Mahkamah Majistret Kota Bhari. Remah itu dibuat bagi membolehkan dia membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan atas kesalahan cubaan bunuh.

Terdahulu, suspek tiba di Kompleks Mahkamah Kota Bharu dengan berpakaian lokap pada jam 8.44 pagi.

Semalam, media melaporkan seorang kanak-kanak lelaki 11 tahun cedera parah selepas ditikam dua kali oleh bapa kandungnya di bahagian dada dan perut menggunakan sebilah pisau pemotong sayur.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas ACP Kama Azural Mohamed berkata pihak polis menerima aduan daripada orang awam mengenai kejadian itu kira-kira 9.08 pagi.

Beliau berkata kejadian – yang dilaporkan berlaku di Kampung Banggol Che Dol, Pohon Tanjung – dipercayai berpunca daripada krisis rumah tangga dihadapi suspek yang kini dalam proses perceraian kali ketiga dengan isterinya.

Polis turut memaklumkan suspek dipercayai menghadapi masalah mental dan menerima rawatan psikiatrik sejak 2008.

Bernama



Source link