Malaysia Oversight

Guru dakwa Zara Qairina dimasukkan ke mesin basuh diheret ke mahkamah

By MkiniBM in August 21, 2025 – Reading time 1 minute
Guru dakwa Zara Qairina dimasukkan ke mesin basuh diheret ke mahkamah


Seorang guru Bahasa Inggeris sebuah sekolah didakwa di Mahkamah Majistret di Sepang hari ini atas pertuduhan menimbulkan kegentaran awam dengan mendakwa Zara Qairina Mahathir dimasukkan ke dalam mesin basuh.

Siti Hajar Aflah Sharuddin, 39, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Khairatul Animah Jelani.

Wanita itu didakwa membuat kenyataan yang mungkin menimbulkan kegentaran awam di akaun TikTok miliknya “SHA_Abrienda” pada 1.20 petang, 6 Ogos lepas.

– Bernama



Source link