Malaysia Oversight

Guru besar dan isteri ditemui maut dengan kecederaan serius di Sri Aman

By TheSun in January 14, 2026 – Reading time 1 minute
Guru besar dan isteri ditemui maut dengan kecederaan serius di Sri Aman


Pasangan guru besar dan isterinya ditemui mati dengan kecederaan serius di Jalan Brayun, Sri Aman. Polis sedang siasat kes bunuh.

SRI AMAN: Seorang guru besar sekolah rendah dan isterinya ditemui dengan kesan kecederaan serius di Jalan Brayun di sini awal pagi tadi.

Polis menerima maklumat daripada orang awam mengenai penemuan pasangan itu dalam keadaan tidak sedar pada pukul 6.55 pagi.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohamad Zainal Abdullah berkata pasukan polis dan pegawai perubatan segera dikerahkan ke lokasi.

“Pemeriksaan awal mengesahkan bahawa kedua-dua mangsa, iaitu seorang lelaki berumur 45 tahun dan isterinya berumur 44 tahun telah meninggal dunia di tempat kejadian,” menurutnya.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu untuk kes bunuh.

Motif dan punca kejadian masih dalam siasatan dengan usaha mengumpul bukti dan keterangan saksi sedang giat dijalankan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat kes ASP Kalang di talian 019-331 7785.



Source link