BRUSSELS: Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen pada Khamis menegaskan penggunaan aset Russia yang dibekukan untuk membiayai pinjaman baharu kepada Ukraine adalah cara paling berkesan, meskipun cadangan itu menerima tentangan daripada Belgium. Kesemua 27 negara anggota Kesatuan Eropah (EU) kini berusaha mencari sumber kewangan bagi membantu Kyiv menampung kekurangan bajet ketika perang Rusia–Ukraine memasuki tahun keempat. Suruhanjaya Eropah sebelum ini mencadangkan supaya aset bank pusat Russia yang dibekukan di…






