Malaysia Oversight

GRS yakin menang banyak kerusi, tak perlukan BN

By MkiniBM in September 24, 2025 – Reading time 1 minute
GRS yakin menang banyak kerusi, tak perlukan BN


mengulangi pendirian bersedia bekerjasama dengan mana-mana parti dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabah, kecuali dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Pengerusinya Ahmad Zahid Hamidi berkata pendekatan kerjasama itu selaras dengan prinsip untuk mengelakkan pertindihan kerusi yang berpotensi dimenangi, khususnya melalui pakatan dengan rakan-rakan politik seperti PH serta pihak lain yang sehaluan. 

-PH ‘plus’ ‘plus’ ‘plus’ bermaksud kita bersedia bersama mana-mana pihak yang bersetuju dengan prinsip parti kita bagi mengelakkan pertindihan kawasan yang mempunyai kelebihan dari segi peluang kemenangan.

“Dengan GRS, kita sudah muktamadkan (tidak bekerjasama) kerana mereka yakin mampu menang banyak, jadi mereka tidak memerlukan BN,” katanya selepas Majlis Peluncuran Ikondesa di hari ini.

DUN Sabah akan terbubar secara automatik pada 11 Nov ini bagi memberi laluan kepada PRN17.

Sebelum ini, Ahmad Zahid yang juga Presiden dilaporkan berkata BN tidak akan meletakkan calon di semua 73 kerusi DUN, sebaliknya telah mengenal pasti jumlah kerusi yang difikirkan sesuai untuk ditandingi.

-Bernama



Source link