Grok Dikatakan Mempunyai 64 Juta Pengguna Bulanan
Aman
Grok merupakan penawaran kecerdasan buatan dibawah xAI milik Elon Musk, yang diintegrasikan terus pada X, pada Telegram, dan juga melalui penawaran aplikasi khusus untuknya. Mengikut laporan terbaru, ia dikatakan xAI berkongsi mengatakan Grok mempunyai 64 juta pengguna bulanan pada hari ini.

Angka ini boleh dikatakan agak jauh jikalau dibandingkan dengan ChatGPT yang mencapai 700 juta pengguna mingguan, disamping Google mempunyai lebih 450 juta pengguna bulanan untuk Gemini. Grok dilihat masih jauh untuk mengejar kedua-dua pesaing, selain menggunakannya dalam bertanyakan sejumlah perkara melibatkan produktiviti dan bukan sekadar digunakan untuk interaksi dalam media sosial.
xAI sendiri dilihat sedia memberikan fokus kepada Grok, termasuk dalam memperkenalkan ciri-ciri seperti penjanaan imej dan video, disamping melatihnya menggunakan data masa-nyata dalam menjawab persoalan berkenaan isu dan berita semasa. Bergerak kehadapan, Elon Musk mengatakan pengguna X boleh mengawal algoritma mereka menggunakan Grok, sekaligus mungkin membuatkan angka pengguna Grok terus bertambah berbanding pada hari ini.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.