Malaysia Oversight

Grand Theft Auto VI Ditunda Pula Ke 19 November 2026

By Amanz in November 7, 2025 – Reading time 1 minute
Grand Theft Auto VI Ditunda Pula Ke 19 November 2026


Grand Theft Auto VI Ditunda Pula Ke 19 November 2026

November 7, 2025
e-Permainan

Effi Saharudin

Penantian kita untuk kembali ke Vice City akan ditunda selama enam bulan lagi kerana Rockstar Games mengesahkan Grand Theft Auto VI (GTA 6) kini akan dilancarkan pula pada 19 November 2026.

Ini kali kedua pelancaran permainan yang dilaporkan menelan belanja tertinggi dalam sejarah ditangguh. Sebelum ini ia ditangguhkan ke 26 Mei 2026 berbanding tarikh asal pelancaran penghujung 2025.

grand Theft Auto GTA VI 6

Rockstar berkata GTA 6 perlu ditunda puntuk menambah-baik lagi permainan ini agak kualitinya adalah seperti yang dijangkakan oleh pemain. Dengan pengumuman ini, pemain menanti lebih 13 tahun untuk sambungan kepada GTV 5 yang dilancarkan pada 17 September 2013. Sepanjang pembangunan permainan, GTA 6 berhadapan pelbagai masalah seperti kod sumber dicuri selepas syarikat digodam.

Baru-baru ini Rockstar menerima kritikan kerana didakwa membuang puluhan pekerja yang dipercayai cuba membentuk kesatuan buruh dalam syarikat. Rockstar mengatakan pula mereka dibuang kerana meniriskan maklumat mengenai permainan yang sedang dibangunkan.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link