Malaysia Oversight

Google Tidak Perlu Menjual Android dan Chrome Tetapi Perlu Berkongsi Data Carian Dengan Pesaing

By Amanz in September 3, 2025 – Reading time 1 minute
Google Tidak Perlu Menjual Android dan Chrome Tetapi Perlu Berkongsi Data Carian Dengan Pesaing


Google Tidak Perlu Menjual Android dan Chrome Tetapi Perlu Berkongsi Data Carian Dengan Pesaing

September 3, 2025
Google

Effi Saharudin

Tahun lalu Google didapati bersalah melakukan perniagaan secara monopoli oleh mahkamah Amerika Syarikat kerana melakukan perniagaan yang tidak menggalakkan persaingan. Hari ini mahkamah menetapkan Google tidak perlu menjual Chrome dan Android seperti beberapa ramalan yang dilakukan penganalisa selepas mereka didapati bersalah.

android marshmallow chrome tamat

Sebaliknya Google kini diperlukan berkongsi data mengenai carian Search dengan pesaing mereka. Google sebelum ini berkata mereka enggan berkongsi data carian ini kerana tidak mahu privasi pengguna terjejas. Data yang dikumpul Search memberikan Google kelebihan dalam pasaran pengiklanan dengan ia adalah penyumbang terbesar kepada operasi mereka.

Apabila muncul ura-ura Chrome mungkin perlu dijual, beberapa syarikat seperti Perplexity, OpenAI dan Yahoo menunjukkan minat untuk membelinya. Data carian Search kini bukan sahaja adalah lubuk emas pendapatan tetapi menjadi kunci untuk melatih model kecerdasan buatan (AI) yang kini menjadi kiblat menuju ke arah dominasi majoriti syarikat teknologi utama dunia.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link