Malaysia Oversight

Google Sedang Bangunkan Ciri Mod Desktop Untuk Telefon Android – Seumpama Samsung DeX

By Amanz in May 4, 2025 – Reading time 1 minute
Google Sedang Bangunkan Ciri Mod Desktop Untuk Telefon Android – Seumpama Samsung DeX


Google

Google Sedang Bangunkan Ciri Mod Desktop Untuk Telefon Android – Seumpama Samsung DeX

May 4, 2025

Aman

Google sedia mengintegrasikan beberapa ciri popular daripada pengeluar Android lain terus ke sistem operasi utama Android, sekaligus membolehkan lebih ramai menikmati ciri berkenaan. Terbaru, melalui versi pembangunan Android 16 terbaru, Google dilihat sedang bangunkan sebuah ciri khusus berbentuk mod desktop apabila telefon dihubungkan ke panel monitor.

Screenshot 481

Dengan langkah ini, peranti menjadi teras utama, dan membolehkan pengguna melakukan tugasan dengan mudah pada skrin besar – dengan antaramuka selari sistem operasi komputer lain. Ciri ini dilihat adalah lebih kurang sama seperti ciri mod desktop DeX yang ditawarkan Samsung melalui beberapa peranti Android mereka. Melalui AndroidAuthority, pada versi pembangunan Android 16 terbaru, Google menyertakan sokongan berkenaan, dimana apabila pengguna menghubungkan peranti ke panel monitor melalui sambungan USB-C, ia membolehkan pengguna mengakses mod desktop berkenaan.

Buat masa ini, ia tidak diketahui sama ada Google akan memperkenalkan ciri ini secara rasminya melalui Android 16, atau akan menangguhkan ia untuk versi akan datang. Bagi anda, adakah anda akan menggunakan ciri ini sekiranya ia ditawarkan melalui peranti anda?

Komen

Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.



Source link