Malaysia Oversight

Google Play Store Akan Memaparkan Amaran Aplikasi Yang Kuat Menghabiskan Bateri

By Amanz in November 12, 2025 – Reading time 1 minute
Google Play Store Akan Memaparkan Amaran Aplikasi Yang Kuat Menghabiskan Bateri


Google Play Store Akan Memaparkan Amaran Aplikasi Yang Kuat Menghabiskan Bateri

November 12, 2025
Google

Effi Saharudin

Kapasiti bateri pada telefon pintar moden akan mencecah 10,000 mAh bermula tahun hadapan. Dengan bateri yang besar, isu peranti mati sebelum penghujung hari bakal menjadi lipatan sejarah. Tetapi bermula 1 Mac 2026, Google Play Store akan mula memaparkan label amaran pada aplikasi-aplikasi yang menggunakan kuasa bateri yang tinggi.

Google Play Store Bateri Tinggi

Label seperti di atas akan dipaparkan dengan jelas pada skrin aplikasi. Aplikasi yang didapati aktif di latar belakang melebihi 2 jam sehari dalam tempoh 24 jam akan menerima label ini. Ujian beta telah dilakukan sejak awal tahun dengan ia akan diaktifkan tahu depan.

Ciri ini dibangunkan oleh Google dengan kerjasama Samsung. Pengguna peranti One UI 8 akan menerima notifkasi aplikasi yang terlalu kerap aktif di latar belakang sehingga menjejaskan bateri.

Kelonggaran hanya diberikan kepada aplikasi pemain media seperti Spotify dan YouTube kerana ciri aktif di latar belakang semasa skrin dikunci adalah diperlukan untuk ia berfungsi.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link