Malaysia Oversight

Google Play Games Akan Memaparkan Pencapaian dan Aktiviti Seperti PS App

By Amanz in September 2, 2025 – Reading time 1 minute
Google Play Games Akan Memaparkan Pencapaian dan Aktiviti Seperti PS App


Google Play Games Akan Memaparkan Pencapaian dan Aktiviti Seperti PS App

September 2, 2025
e-Permainan
Google
Lain-lain

Effi Saharudin

Aktiviti permainan video 20 tahun yang lalu adalah aktiviti sosial dimana anda berkumpul untuk bermain dengan rakan. Parti LAN dan pergi ke rumah kawan untuk berentap dalam Counterstrike dan Pro Evo Soccer ialah lumrah awal milenium.

Google pLay Games Logo

Dengan semakin ramai mempunyai peranti sendiri, aktiviti kini dilakukan di atas talian dan bersua muka dengan rakan menjadi semakin jarang. Google akan mengemaskini Play Games di akhir bulan ini untuk menjadikan aktiviti permua di Android lebih sosial.

Play Games akan menerima ciri profil yang menunjukkan tahap, pencapaian, dan aktiviti terkini dilakukan oleh pemain. Hab Play Games juga akan menunjukkan aktiviti yang dilakukan oleh rakan-rakan yang lain. Ia mirip dengan ciri sosial yang wujud dalam Sony PS App dan Steam pada waktu ini.

Ia akan diaktifkan bermula 23 September di peringkat global dan 1 Oktober di EU dan UK. Bagi yang tidak ingin berkongsi aktiviti, ciri ini boleh dimatikan dan profil peribadi tidak boleh dilihat oleh umum.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link