Google Perkenal Gemini 3 – Model AI Baharu Berkuasa Yang Menguasakan Gemini Dan Carian AI
Aman
Google hari ini memperkenalkan kemaskini kepada model kecerdasan buatan janaan mereka, melalui pengenalan Gemini 3. Model ini sudah boleh diakses semua pengguna seluruh dunia melalui aplikasi Gemini, ataupun melalui sokongan carian AI Mode pada carian Google.

Google mengatakan model ini adalah model paling berkuasa daripada mereka setakat ini, menawarkan sokongan pemprosesan lebih pantas, disamping memahami konteks dan memberikan maklumbalas dengan lebih baik. Ia juga mengintegrasikan sokongan penaakulan lebih baik melaluinya, mendahului pelbagai model kecerdasan buatan lain.
Gemini 3 juga boleh memahami dan mendapatkan informasi menggunakan sebarang input, termasuk berasaskan teks, gambar, video, audio dan juga kod. Pengguna juga boleh memudahkan pemahaman, dengan meminta Gemini dalam menghasilkan kandungan interaktif untuk memudahkan pembelajaran.
Bagi anda yang menggunakan Gemini, boleh mencuba penawaran baharu ini, disamping turut mengakses ia melalui carian Google hari ini.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






