Malaysia Oversight

Google NotebookLM Kini Boleh Menghasilkan Podsiar Dalam Bahasa Melayu

By Amanz in April 30, 2025 – Reading time 1 minute


Google NotebookLM Kini Boleh Menghasilkan Podsiar Dalam Bahasa Melayu

April 30, 2025

Effi Saharudin

Tahun lalu Google Notebook LM memperkenalkan ciri Audio Overviews yang membolehkan sebarang dokumen seperti nota peperiksaan diubah menjadi podsiar dengan dua hos secara automatik. Hari ini AI Overviews telah dikemaskini untuk menyokong lebih 50 lagi bahasa utama dunia termasuk Bahasa Melayu.

Dengan ini dokumen dalam Bahasa Inggeris misalnya boleh diubah menjadi audio podsiar dalam Bahasa Melayu yang lebih difahami oleh pendengar. Selain Bahasa Melayu, bahasa lain yang disokong ialah Indonesia, Jawa, Thai, Vietnam, Jepun, Korea dan banyak lagi. Sedikit aneh masih tiada sokongan Tagalog walaupun ia merupakan antara bahasa utama Asia Tenggara.

Pengguna NotebookLM boleh mengakses ciri baharu ini dengan mengubah tetapan output kandungan ke bahasa pilihan bermula hari ini.

Komen

Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.



Source link