Google Memperluaskan “AI Mode” Di Malaysia, Menyokong Bahasa Malaysia – Enjin Carian Dalam Bentuk AI
Aman
Google kini dilihat telah memperluaskan penawaran AI Mode untuk para pengguna Malaysia, sekaligus mengubah kaedah penggunaan enjin carian yang dikenali selama ini. Pengenalan Google AI Mode ini turut hadir bersama-sama dengan sokongan bahasa Malaysia, sekaligus memudahkan pengguna berinteraksi menggunakan bahasa perbualan harian.

Kini, pada kotak enjin carian, Google terus mengintegrasikan butang Mod AI, dan apabila mengaktifkannya, berbanding penyenaraian pautan-pautan untuk diklik dan semak hasil cariannya, ia memberikan jawapan dengan sokongan AI. Langkah ini turut memudahkan pengguna dengan tidak perlu membuka sebarang laman web, dan melihat terus jawapan yang dikongsikan oleh kecerdasan buatan.

Daripada percubaan kami, ia berfungsi dengan baik, dan pada masa yang sama, Google turut menyenaraikan sejumlah pautan berkaitan pada bahagian tepi hasil jawapan AI.
Google AI Mode ini dilihat sedang diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna di Malaysia. Bagi anda yang berminat, boleh melayari terus Google AI Mode untuk mencubanya.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






