Malaysia Oversight

Google Maps Dikemaskini Dengan Ask Maps dan Visualisasi Navigasi Lebih Realistik

By Amanz in March 13, 2026 – Reading time 2 minute
Google Maps Dikemaskini Dengan Ask Maps dan Visualisasi Navigasi Lebih Realistik


Google Maps Dikemaskini Dengan Ask Maps dan Visualisasi Navigasi Lebih Realistik

March 13, 2026
Google
Lain-lain

Effi Saharudin

Google Maps dikemaskini semalam dengan beberapa penambahbaikan yang dikuasakan oleh Gemini serta paparan navigasi yang lebih realistik serta imersif. Kini mulakan dengan ciri Ask Maps yang memberikan kuasa di tangan pengguna untuk bertanya kepada Maps apakah yang menarik di kawasan yang sedang dilihat dalam peta.

Google Maps Ask Maps

Dengan Ask Maps pengguna boleh bertanya menggunakan bahasa lazim seperti “di mana nak caj EV di kawasan ini” atau “dekat sini ada tanda awam?”. Maps akan memberikan jawapan yang relevan menggunakan data 300 juta lokasi yang dikumpul daripada 500 juta pengguna.

Selepas jawapan diterima pengguna kemudiannya boleh melakukan tempahan terus (jika ia restoran), menyimpan lokasi, berkongsi lokasi dan memulakan navigasi untuk pergi. Ciri ini boleh diakses oleh pengguna di Amerika Syarikat dan India terlebih dahulu menerusi aplikasi Android serta iOS.

Google Maps Immersive Navigation

Seterusnya ialah ciri Immersive Navigation yang memberikan paparan navigasi secara 3D. Bangunan, jejambat dan bentuk muka bumi dalam peta menyamai situasi dunia sebenar. Selain itu setiap lorong, lintasan pejalan kaki, lampu isyarat dan papan tanda juga dipaparkan dengan jelas. Suara navigasi juga lebih semula jadi untuk tidak kedengaran seperti robot sekarang.

Terdapat juga amaran mengenai kemalangan atau kesesakan yang berlaku secara masa nyata. Apabila tiba di bangunan, arah ke sisi bangunan untuk ke ruang parkir turut dipaparkan dengan lebih jelas. Immersive Navigation hanya diaktifkan untuk pengguna di Amerika Syarikat sahaja ketika ini dengan ia diakses menerusi aplikasi Android, iOS, CarPlay, Android Auto, dan kereta dengan sistem Google terbina.



Source link