Google Kini Memperluaskan Penawaran Opal – Memudahkan Pembangunan Aplikasi Mini
Aman
Google hari ini mengumumkan pengenalan Opal pada peringkat global, sekaligus memudahkan semua termasuk pengguna Malaysia dalam mengakses dan menggunakannya.
Opal merupakan perkhidmatan yang memudahkan pengguna membangunkan aplikasi mini dengan mudah, berasaskan arahan teks sahaja. Seterusnya, anda turut boleh menguruskan dan menyunting aliran kerja untuk aplikasi berkenaan, sekaligus memberikan lebih kawalan berkenaan tugasan yang akan dilaksanakan melalui aplikasi tersebut.

Opal juga turut boleh digunakan dalam mengautomasi pelbagai tugasan menggunakan akses kepada pelbagai penyedia perkhidmatan data – terutamanya penawaran Google sendiri.
Google mengatakan sejumlah perkhidmatan dan aplikasi mini telah dibangunkan menggunakan Opal, termasuk antaranya adalah aplikasi pembelajaran bahasa, perancang percutian, aplikasi kuiz, dan beberapa yang lain.
Bagi anda yang berminat, bloleh mencuba Opal ini secara percuma, dan menggunakannya dalam menjana aplikasi mini anda.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






