Malaysia Oversight

Google Flow Dikemaskini Dengan Veo 3.1 Untuk Janaan Video Lebih Terkawal

By Amanz in October 16, 2025 – Reading time 1 minute
Google Flow Dikemaskini Dengan Veo 3.1 Untuk Janaan Video Lebih Terkawal


Google Flow Dikemaskini Dengan Veo 3.1 Untuk Janaan Video Lebih Terkawal

October 16, 2025
Google

Effi Saharudin

Google Flow ialah platform janaan video menggunakan kecerdasan buatan (AI) yang dilancarkan pada Mei lalu. Tidak seperti AI generatif lain, Flow membenarkan kawalan yang lebih jitu untuk video yang ingin dijana. Hari ini Google mengumumkan beberapa penambahbaikan kepada Flow dan juga mengumumkan model AI baharu Veo 3.1.

Flow kini boleh diberikan imej yang ingin digunakan sebagai objek di dalam video. Ini adalah sama dengan Nano Banana yang menjana imej statik dengan beberapa gambar dimuat naik untuk dijadikan rujukan. Flow. juga boleh diberikan arahan untuk bingkai pertama dan akhir video. Dengan ini video yang dijana lebih memenuhi visi di dalam kepala pengguna.

Google Flow Veo 3.1

Pengguna juga kini boleh menambah atau membuang objek daripada video yang telah dijana. Ciri memanjangkan video juga ditambahbaik supaya tidak kelihatan canggung.

Sementara itu menerusi model Veo 3.1 pula boleh menjana audio yang lebih tepat, kawalan naratif lebih baik dan menjana video yang kelihatan lebih realistik berbanding Veo 3. Kesemua ciri yang diumumkan sudah boleh digunakan hari ini.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link