Malaysia Oversight

Google Discover Mula Menambah Rumusan Berita Dan Artikel – Mengurangkan Lagi Trafik Ke Web

By Amanz in July 16, 2025 – Reading time 1 minute


Google

Google Discover Mula Menambah Rumusan Berita Dan Artikel – Mengurangkan Lagi Trafik Ke Web

July 16, 2025

Aman

Google kini mula memperkenalkan sebuah ciri baharu pada Google Discover, iaitu paparan rumusan untuk berita dan juga artikel – sekaligus memudahkan anda membacanya tanpa perlu membuka pautan berkenaan. Ciri ini telah mula diperkenalkan di pasaran Amerika Syarikat, dan dijangka diperluaskan ke seluruh dunia secara berperingkat.

Google Discover merupakan halaman pada aplikasi Google pada peranti Android, memudahkan pengguna melihat pelbagai perkembangan terkini, dan artikel-artikel yang disesuaikan kepada seseorang pengguna. Sebelum ini, ia menjadi salah satu sumber trafik kepada para penerbit kandungan dan pemilik web.

Dengan integrasi dan implementasi kecerdasan buatan dalam pelbagai produk Google, kini Google Discover turut menerima sokongan menjana rumusan, sekaligus memudahkan lagi pengguna mengikuti perkembangan tanpa perlu meninggalkan produk Google. Ia dikatakan penjanaan ini terhad kepada penerbitan yang terlibat dengan Google News Showcase buat masa ini.

Sekiranya ujian awal di Amerika Syarikat ini menerima kesan positif, tidak mustahil Google terus memperluaskan ciri ini ke pasaran global, sekaligus memudahkan lagi pengguna dalam mengakses kandungan.

Komen

Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.



Source link