Google Discover Bereksperimen Guna Tajuk Janaan AI Ganti Tajuk Asal Sesuatu Pautan
Aman
Google Discover merupakan salah satu ciri yang disertakan pada peranti Android dan juga pada halaman tab baharu Chrome. Melaluinya, ia memaparkan sejumlah pautan menarik yang dsesuaikan mengikut bacaan seseorang pengguna.
Terbaru, Google dilihat meneruskan eksperimen dengan ciri menggantikan tajuk pada sesuatu pautan atau kisah yang dikongsikan menggunakan tajuk janaan AI. Untuk makluman, Google sebelum ini telah bereksperimen, dan menyatakan ramai pengguna berpuas hati dengannya.

Google menggantikan tajuk dengan janaan AI untuk sesuatu kisah yang diliputi meluas oleh beberapa penerbitan. Model AI Google akan mengimbas sesuatu berita atau kisah berkenaan, sekaligus menjana tajuk yang sesuai.
Dengan langkah ini, Google turut boleh memastikan tajuk berita pada Google Discover adalah tepat, dan tidak berbentuk “umpan-klik”.
Buat masa ini, kami masih belum menemui eksperimen ini di Google Discover lagi. Bagi anda, adakah anda telah menemui pautan yang digantikan tajuknya oleh Google pada Google Discover?






