Malaysia Oversight

Google Dilaporkan Ingin Menambah Pelaburan Pada Anthropic

By Amanz in November 6, 2025 – Reading time 1 minute
Anthropic Kini Dinilaikan $183 Bilion – Syarikat Sebalik Claude AI



Anthropic Claude 3.5 Sonnet Baharu Okt 2024 3

Google Dilaporkan Ingin Menambah Pelaburan Pada Anthropic

November 6, 2025
Google
Kecerdasan Buatan

Aman

Google kini dilaporkan ingin menambah lagi pelaburan mereka pada syarikat kecerdasan buatan janaan, Anthropic. Untuk makluman, Google sedia melabur pada syarikat yang popular dengan penawaran Claude, dan kini ingin menambah lagi pelaburan dan pegangan pada syarikat tersebut.

Sebelum ini, Google sedia melabur lebih $3 bilion pada Anthropic, yang memberikan pegangan sebanyak 14% pada ketika itu. Namun, Anthropic telah meraih suntikan  dana beberapa kali, yang mungkin mengubah angka akhir pegangan Google pada syarikat tersebut.

Ia dikatakan suntikan dana baharu pada Anthropic akan menilai syarikat berkenaan pada nilai lebih $350 bilion. Ia tidak diketahui lagi berapakah dana tambahan yang akan dilabur oleh Google.

Selain Google, pihak Amazon juga turut melakukan pelaburan pada Anthropic.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link