Google Dijangka Perkenal Model AI Baharu, Gemini 3 Menjelang Disember
Aman
Kini hadir laporan baharu mengatakan Google berkemungkinan akan memperkenalkan model baharu kecerdasan buatan mereka menjelang Disember kelak, dinamakan Gemini 3. Model baharu ini dijangka akan lebih pintar dan cerdas berbanding penawaran sedia ada, dan pada masa yang sama berkemungkinan lebih efisien dari segi penggunaan tenaga dan harga.

Pengenalan ini juga dilihat selari dengan pengenalan Google sebelum ini, iaitu Gemini 2.0 yang diperkenalkan pada Disember 2024 lepas. Google juga sebelum ini telah memperkenalkan model kemaskini pada Mac, iaitu Gemini 2.5. Bergerak kehadapan, kita juga mungkin melihat dwi-kemaskini model Gemini pada versi akan datang.
Pihak Google sendiri masih tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan hal ini. Gemini kini merupakan antara model kecerdasan buatan yang aktif digunakan ramai, mempunyai lebih 450 juta pengguna aktif setiap bulan.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






