Malaysia Oversight

Google AI Plus Turut Mula Ditawarkan Di Malaysia – RM23.99 Sebulan Bersama Storan 200GB

By Amanz in October 9, 2025 – Reading time 1 minute
Google Perkenal Pelan Google AI Plus Untuk Negara Membangun, Bermula Indonesia – Akses Gemini 2.5 Pro, Storan 200GB


Selain daripada OpenAI yang telah mula menawarkan pelan ChatGPT Go di Malaysia, kini nampaknya Google turut telah mengaktifkan langganan Google AI Plus untuk para pengguna tempatan. Dengan langkah ini, pengguna tempatan boleh mengakses beberapa ciri premium berbayar tanpa perlu mengeluarkan kos yang tinggi untuk pelan langganan.

Google AI Plus

Google AI Plus menawarkan akses kepada ciri-ciri premium secara terhad, dan pada masa yang sama turut hadir dengan sokongan storan 200GB. Pelan langganan ini turut hadir dengan sokongan perkongsian keluarga dengan maksimum 5 orang.

Untuk ciri kecerdasan buatan, ia memberikan akses kepada model Google Gemini yang paling terkini dan berkuasa, akses kepada Gemini Live, sokongan akses penjanaan video melalui Veo 3, akses kepada Whisk, selain akses terhad kepada Jules dan Gemini Code Assist.

Google AI Plus

Bagi anda yang ingin mencuba ciri premium ini tanpa mengeluarkan kos tinggi, boleh mencuba Google AI Plus hari ini pada harga RM23.99 sebulan. Google turut menawarkan pelan Google AI Pro pada harga RM97.99 sebulan, dan Google AI Ultra pada harga RM1229.90 sebulan.



Source link