Google AI Mode Kini Boleh Diakses Terus Daripada AI Overview
January 28, 2026
Google
Effi Saharudin
Google Search mengumukan ciri mengakses AI Mode terus daripada jawapan yang diberikan oleh AI Overview hari ini. Ia dikuasakan oleh Gemini3 dan menurut Google ia membenarkan perbualan lebih semula jadi dilakukan oleh pengguna menerusi antaramuka chatbot AI Mode.

Sebelum ini untuk mengakses AI Mode, tab AI Mode perlu ditekan terlebih dahulu yang memerlukan beberapa langkah tambahan diambil oleh pengguna. Dalam ujian yang dilakukan, Google berkata pengguna mendapati ciri bahari ini memudahkan bertanya soalan susulan terus daripada AI Overview dan melakukan perbualan panjangan dengan AI Mode yang mengingati konteks soalan asal.
Ciri ini akan diberikan secara berperingkat bermula hari ini.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.





