
GMail Akan Tamatkan Sokongan POP Pada Januari 2026
October 3, 2025
Google
Aman
GMail kini memaklumkan para pengguna, menyatakan akan menamatkan sokongan untuk POP berkuat-kuasa Januari 2026. Selain ciri berkenaan, Google turut akan menamatkan ciri Gmailify pada GMail pada tarikh sama.
POP merupakan ciri sambungan akaun emel pihak ketiga dalam GMail, yang mana dihadkan kepada hanya satu peranti dan tidak boleh menyelaraskan emel diterima dalam bentuk masa-nyata.
Gmailify pula merupakan ciri yang menawarkan ciri-ciri tambahan khas kepada akaun emel pihak ketiga pada GMail, termasuk perlindungan spam, atau penyusunan automatik pada inbox.
Sebagai alternatif, Google mencadangkan agar pengguna menggunakan sokongan IMAP dalam terus menerima emel pihak ketiga dalam GMail.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






