Malaysia Oversight

GlobalFoundries Membeli Syarikat Pembuat Cip Fotonik Dari Singapura

By Amanz in November 18, 2025 – Reading time 1 minute
GlobalFoundries Membeli Syarikat Pembuat Cip Fotonik Dari Singapura


GlobalFoundries Membeli Syarikat Pembuat Cip Fotonik Dari Singapura

November 18, 2025
Kecerdasan Buatan

Nazrin

GlobalFoundries baru-baru ini telah mengumumkan bahawa mereka telah membeli Advanced Micro Foundry (AMF) dari Singapura, iaitu sebuah syarikat yang memfokuskan kepada pembuatan cip silikon fotonik, iaitu sebuah teknologi yang membantu dalam penghantaran data secara pantas menggunakan cahaya.

Teknologi ini dilihat memesatkan lagi pembangunan teknologi kecerdasan buatan dan pusat data untuk kedua-dua sektor perkomputeran tradisional dan juga perkomputeran kuantum. Malah ia dilaporkan bahawa NVIDIA dan TSMC sudahpun memulakan kerjasama untuk menggunakan teknologi fotonik ini untuk memasang cip-cip rangkaian mereka dengan cip optikal ini.

Optical fiber

Dengan pengambilalihan ini, GlobalFoundries kini boleh dilihat sebagai salah satu syarikat pembuat cip semikonduktor fotonik terbesar di dunia. Mereka dilihat sudahpun membantu sejumlah syarikat-syarikat lain untuk membina adikomputer dan komputer kuantum berkuasa yang memanfaatkan teknologi rangkaian menggunakan ciri fotonik ini, seperti PsiQuantum yang sedang membina komputer kuantum mereka sendiri di Chicago, Amerika Syarikat.

Menurut laporan, GlobalFoundries juga akan membuka sebuah pusat penyelidikan teknologi fotonik di Singapura dan akan bekerjasama dengan Agency for Science, Technology and Research (A*STAR) untuk menyelidik dan membangunkan teknologi yang membolehkan data untuk dihantar pada kadar 400Gbps.

GlobalFoundries

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link