Malaysia Oversight

Giliran rakaman audio ‘pakatan sulit’ pula muncul

By MkiniBM in October 1, 2025 – Reading time 2 minute
malaysiakini logo


Krisis dalaman Bersatu nampaknya terus meruncing apabila hari ini terdedah pula tiga rakaman audio yang didakwa melibatkan pemimpin tinggi parti itu.

Ia dikatakan merakam perbincangan dalam pertemuan sulit beberapa pimpinan kanan Bersatu melibatkan gerakan tersusun menyerang pemimpin parti itu. Gerakan tersebut dipercayai diketuai Timbalan Presiden Bersatu, Hamzah Zainudin.

Rakaman itu muncul kira-kira 48 jam selepas Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Wan Saiful Wan Jan, secara terbuka menyerang setiausaha agung partinya, Azmin Ali, dan turut mengaitkan bekas Menteri Besar itu dengan dakwaan video seks.

Dalam salah satu rakaman yang tersebar itu, Ketua Bersatu Puchong, Mohd Shukor Mustaffa, kedengaran memberi arahan kepada beberapa individu yang dinamakan sebagai Deli, Hang Tuah Jaya dan Bujal untuk memainkan peranan tertentu bagi menyekat satu keputusan penting parti daripada disahkan oleh perhimpunan agung tahunan (PAT) mereka.

“Kalau dia bangun, bila ada provokasi itu, kita kena jawab… Kita tak nak benda itu di-endorse dalam PAT supaya kita boleh against (lawan) lagi selepas ini,” ujar suara lelaki itu, yang dipercayai pemimpin Bersatu bahagian terbabit.

Lelaki didakwa Mohd Shukor itu turut didengar merancang agar risalah atau kain rentang dibawa masuk secara rahsia ke dalam dewan PAT. Antara kaedah ‘menyeludup’ kain rentang itu ialah dengan disembunyikan di sebalik pakaian dalam perwakilan.

“Simpanlah dalam spender ke, dalam apa ke… Macam-macam kita kena fikir,” katanya lagi, sambil menekankan kebimbangan jika diperiksa dan dirampas oleh pihak keselamatan parti.

Rakaman kedua pula dipercayai suara Wan Saiful yang menceritakan sebuah pertemuan sulit di pejabat Hamzah. Ia dikatakan turut dihadiri beberapa pemimpin kanan , termasuk presidennya, Abdul Hadi Awang.

Menurut Wan Saiful, dalam pertemuan tersebut, Abdul Hadi secara terbuka menyatakan sokongan kepada Hamzah untuk menjadi calon perdana menteri pada PRU akan datang bagi mewakili , dan bukannya mana-mana pemimpin lain dari parti itu.

“Datuk Tuan Guru (Abdul Hadi) tanpa berhelah, dia sebut, calon daripada ialah Datuk Seri Hamzah Zainudin, yang mana Datuk Seri Hamzah ada kat sebelah,” dakwanya.

Malaysiakini sudah menghubungi para pemimpin kanan Bersatu yang terkait dengan dakwaan dalam rakaman audio berkenaan.

Bagaimanapun, cubaan itu mendapatkan respons daripada mereka masih belum berhasil setakat berita ini ditulis kerana rata-rata mereka memilih untuk mendiamkan diri.

Antara pemimpin yang dihubungi adalah Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man; Ahli Parlimen Indera Mahkota, Saifuddin Abdullah; Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah), Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal (Machang), Ahmad Fadli Shari (Pasir Mas) dan Wan Saiful sendiri.

Sementara itu Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan memberitahu media hari ini, parti itu memang enggan menamakan sesiapa sebagai perdana menteri kerana keutamaan mereka ialah memenangi PRU terlebih dulu.

Katanya, ada ramai calon dalam PN yang berpotensi untuk dilantik sebagai perdana menteri.

“Kita (PN) nak menang pilihan raya dulu, so dengan dengan jelas, benda tu (dakwaan PAS mahukan Hamzah) tertolaklah, tak betullah,” katanya.



Source link