Malaysia Oversight

Gesaan pemimpin PAS undi ikut kaum, agama berbahaya

By MkiniBM in April 26, 2025 – Reading time 2 minute
Gesaan pemimpin PAS undi ikut kaum, agama berbahaya


Tindakan pemimpin yang didakwa menggesa rakyat Singapura mengundi mengikut garis perkauman dan agama adalah berbahaya, kata Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), negara itu, Zaqy Mohamad.

Dia berkata, suasana politik di Singapura tidak seperti Malaysia, di mana terdapat parti yang mewakili agama atau kaum berbeza.

Tambahnya, Singapura telah menghabiskan masa pasca kemerdekaan untuk memupuk keharmonian dan saling mempercayai dalam masyarakat berbilang kaum dan agama.

“Apabila anda mempunyai parti seperti , contohnya, menyokong pandangan tertentu, meminta rakyat Singapura mengundi mengikut garis agama dan kaum, saya rasa itu sangat berbahaya,” katanya dipetik Channel News Asia hari ini.

Menurutnya, unsur-unsur perkauman dan agama adalah “sangat mudah” untuk dieksploitasi, dan berisiko menyebabkan kurangnya kepercayaan antara kumpulan rakyat yang berbeza.

“Kami ada campur tangan orang asing – ia bukan sekadar memuat naik hantaran, tetapi anda meminta rakyat Singapura mengundi dengan cara tertentu kerana kepercayaan mereka di luar negara atau cara hidup di luar negara, maka saya rasa ia tidak sesuai dengan kami,” katanya.

Zaqy, yang juga calon Parti Tindakan Rakyat bagi GRC Marsiling-Yew Tee, memberitahu pemberita demikian sebelum mengadakan lawatan di Pasar Fuchun.

Awal hari ini, dua pemimpin menafikan tuduhan Singapura bahawa mereka cuba mempengaruhi pengundi republik itu menjelang pilihan raya umumnya, yang dijadualkan pada 3 Mei.

Ini berlaku selepas laporan media mengenai pihak berkuasa Singapura mengarahkan Meta menyekat akses pengguna Singapura kepada siaran media sosial oleh tiga warga asing, kerana didakwa cuba mempengaruhi keputusan pilihan raya umum mereka.

Tiga individu itu ialah Bendahari PAS Iskandar Abdul Samad, Ketua Pemuda PAS Sukri Omar, dan pengguna Facebook dikenali sebagai Zulfikar Mohamad Shariff – bekas warga Singapura yang kini menetap di Australia.

“Siaran ini telah disasarkan kepada rakyat Singapura. Mereka mengganggu politik domestik kita, yang dikhaskan untuk rakyat kita. Mereka juga menggesa rakyat Singapura untuk mengundi atas garis perkauman dan agama, yang telah menyebabkan lebih banyak siaran media sosial yang serupa.

“Semua ini berpotensi untuk memecahkan keharmonian berbilang kaum dan agama yang menjadi asas negara kita,” kata kenyataan bersama Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Pilihan Raya Singapura.



Source link