Malaysia Oversight

Gerakan pilih bersikap terbuka dalam isu Pengerusi PN

By Utusan in January 10, 2026 – Reading time 2 minute


GEORGE TOWN : Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) mengambil pendekatan untuk bersikap terbuka dalam isu pemilihan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang baharu ketika ini.

Presidennya, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, pun begitu, sebagai salah satu daripada parti komponen dalam PN, Gerakan lebih memfokuskan kepada pemimpin yang boleh memastikan gabungan itu mampu memenangi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) tidak lama lagi.

“Kita tahu, Gerakan takkan memimpin Perikatan Nasional. Tapi, saya katakan, kita sudah ada pendirian. Kita sudah maklumkan perkara itu kepada dan kita juga sudah maklumkan kepada Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia).

“Kita akan guna cara yang sesuailah untuk memilih siapa akan memimpin Perikatan Nasional dan saya harap isu ini akan diselesaikan secepat mungkin,” katanya kepada pemberita di Pasar Sungai Ara, Bayan Lepas di sini, hari ini.

Semalam, Presiden , Tan Sri Abdul Hadi Awang memaklumkan bahawa parti itu belum memuktamadkan calon untuk menerajui PN selepas Tan Sri Yassin meletakkan jawatannya sebagai pengerusi gabungan tersebut pada 1 Januari lalu.

Antara nama yang paling disebut-sebut untuk menyandang jawatan itu ketika ini ialah Naib Presiden yang juga Menteri Besar Terengganu iaitu Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.

Dalam pada itu, Dominic yang juga Pengerusi PN Pulau Pinang berkata, sesiapa sahaja yang akan memimpin parti gabungan itu nanti perlulah mempunyai kredibiliti iaitu boleh menyatupadukan semua parti komponen dalam PN selain mendapat mandat daripada semua lapisan masyarakat.

“Kalau kita tengok pada PRU yang lepas, Perikatan Nasional sebenarnya kurang menerima sokongan daripada bukan Melayu dan bukan . Ini adalah fakta.

“Jadi, jika Perikatan Nasional nak menang dalam PRU yang akan datang, maka, parti gabungan ini mesti mendapatkan mandat daripada semua lapisan termasuk bukan Melayu dan bukan . Ini realiti yang perlu kita akui,”ujar beliau.

Ditanya seandainya Gerakan diberi pilihan sama ada mahu memilih Pas atau Bersatu untuk menerajui PN, Dominic bagaimanapun enggan mengulas lanjut, sebaliknya menegaskan bahawa keputusan akan dibuat secara perbincangan antara presiden-presiden atau pemimpin utama parti dalam PN.

“Ini cara kita. Pas, Bersatu, Gerakan dan MIPP (Parti Rakyat India Malaysia) akan bincang. Kita (dalam PN) bukan lawan, kita kawan.

“Jika cara ini pun tidak boleh selesai juga, maka, kita akan buat ikut perlembagaan dalam Perikatan Nasional untuk memilih pemimpin yang akan memimpin parti gabungan ini,” katanya yang menjangkakan isu tersebut akan dapat diselesaikan sebelum sambutan Tahun Baharu Cina ini.-UTUSAN





Source link