Malaysia Oversight

Gencatan senjata di Gaza tak wajar hanya jadi jeda antara perang

By MkiniBM in October 14, 2025 – Reading time 2 minute
Gencatan senjata di Gaza tak wajar hanya jadi jeda antara perang


Perdana Menteri Ibrahim berkata usaha gencatan senjata terkini di Gaza tidak seharusnya menjadi sekadar jeda antara peperangan meskipun dia mengulangi sokongan terhadap inisiatif damai 20 perkara yang disaran oleh Presiden Amerika Syarikat Donald .

, dalam ucaptama di Persidangan Kuala Lumpur mengenai Peraturan Baru Antarabangsa yang Adil dan Berperikemanusiaan, berkata setakat ini belum ada pelan damai yang komprehensif, tiada jaminan terhadap hak pelarian Palestin untuk kembali ke tanah air mereka, dan tiada komitmen jelas untuk menubuhkan sebuah negara Palestin yang merdeka.

“Malaysia telah bersuara menyokong keamanan di mana sahaja yang kami mampu. Kini, dengan gencatan senjata yang rapuh di Sharm El Sheikh, kami memantau perkembangannya dari semasa ke semasa. 

“Terdapat keraguan yang begitu menebal dengan pendirian kami. Malaysia, bersama-sama Afrika Selatan, Bolivia dan Brazil, menyokong penuh gencatan senjata ini namun ia haruslah membawa kepada pembinaan semula Gaza, memulihkan maruah serta mengiktiraf hak rakyat Palestin untuk hidup bebas di tanah air mereka sendiri,” katanya dalam ucapan bertajuk Galvanising the South in Shaping a New International Order di Kuala Lumpur hari ini.

2dd29e9fb59a4869a2c3c66ee45374f0

Dia turut mengkritik Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu yang disifatkan sebagai tidak menunjukkan sebarang niat untuk menghormati komitmen terhadap kedamaian.

juga berkata dunia tidak boleh membiarkan Gaza terus terjerumus dalam kitaran kemusnahan serta keputusasaan dan menegaskan bahawa kepimpinan harus menterjemah kemarahan moral kepada tindakan yang berterusan.

Perdana Menteri juga berkata tragedi yang sedang berlaku dan kekejaman rejim Zionis di Gaza mencerminkan krisis global yang begitu mendalam.

Justeru, dia berkata berdiam diri bukan lagi satu pilihan untuk Malaysia.

Anwar berkata selain komitmen bantuan kemanusiaan sebanyak RM100 juta untuk Gaza, Malaysia kini menjalinkan kerjasama dengan Jepun serta beberapa negara dari Asia Timur dan rakan kongsi dari Timur Tengah untuk menggerakkan bantuan tambahan kepada rakyat Palestin.

-Bernama



Source link