Malaysia Oversight

Gempa bumi sederhana landa Selatan Sumatera

By MkiniBM in December 27, 2025 – Reading time 1 minute
malaysiakini logo


Gempa bumi sederhana berukuran 5.6 pada skala Ritcher melanda Selatan Sumatera, Indonesia pada 8.22 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan gempa bumi itu berpusat pada koordinat 5.6 darjah selatan dan 102.2 darjah timur, dengan kedalaman 70 kilometer (km).

Gempa bumi itu berada pada jarak 199km selatan dari Bengkulu, Indonesia.

MetMalaysia bagaimanapun memaklumkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan gempa bumi berkenaan.

– Bernama



Source link