Gemini Live Kini Percuma Di Android dan iOS
May 21, 2025
•
Effi Saharudin
Aplikasi Gemini kini terpasang pada majoriti peranti Android baharu tetapi pada peranti Pixel dan siri Galaxy S25, ciri Gemini Live boleh diakses menerusi langganan percuma Google One. Ia membolehkan pengguna berbual dengan Gemini dalam pelbagai topik dan saya akui sangat berguna khususnya dalam mod kamera. Di Google I/O, Google kini mengatakan Gemini Live kini boleh digunakan secara percuma di peranti Android dan iOS.

Pengguna iOS pula akhirnya boleh menggunakan mod kamera dan perkongsian skrin yang sebelum ini eksklusif pada peranti Android sahaja. Dalam mod kamera, Gemini Live akan memahami objek yang sedang dilihat oleh kamera. Pengguna kemudian boleh meminta Gemini Live memberikan maklumat nutrisi makanan di dalam tangan, mengenalpasti lagu terbaik dari sesebuah album muzik dan mengecam logo sesebuah syarikat.
Gemini Live dalam mod kamera ini ialah teknologi sama yang digunakan cermin mata pintar Android XR yang turut diperlihatkan secara rasmi di acara yang sama pagi ini. Kemas kini akan diberikan secara berperingkat dalam minggu-minggu mendatang untuk menggunakan Gemini Live secara percuma.
Komen
Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.