Malaysia Oversight

Garmin Venu 4 Dilancarkan Dengan Lampu Suluh dan Harga RM2399

By Amanz in September 18, 2025 – Reading time 1 minute
Garmin Venu 4 Dilancarkan Dengan Lampu Suluh dan Harga RM2399


Garmin Venu 4 Dilancarkan Dengan Lampu Suluh dan Harga RM2399

September 18, 2025
Jam

Effi Saharudin

Jam tangan Garmin Venu 4 diumumkan hari ini dengan ia ditawarkan dengan lampu suluh terbina terus pada bahagian sisi. Ini adalah bagi membolehkan pengguna bergerak dalam situasi gelap dengan lebih selamat. Ia turut dilengkapi sensor mengesan nadi, ECG, HRV, respirasi, suhu kulit dan Pulse Ox ketika sedang tidur.

Garmin Venu 4 A

Ciri lain yang diberikan ialah menjejak pengambilan kafein atau alkohol, penjejakan tidur yang lengkap dan Garmin Fitness Coach yang menjadi jurulatih untuk 25 aktiviti popular. Apabila ditambat kepada telefon pintar, ia boleh digunakan untuk menjawab panggilan telefon. Beberapa kawalan seperti memulakan jam pemasa dan memberitahu waktu juga boleh diberikan menerusi arahan suara.

Garmin Venu 4 Lampu Suluh

Bagi mereka yang mempunyai rabun warna pula, muka jam boleh diubah dengan mod ketercapaian untuk memudahkan muka jam dibaca. Garmin Venu 4 ditawarkan dalam dua saiz 41mm dan 45mm pada harga RM2,399 bermula 6 Oktober depan.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link