Garmin Instinct 3 Tactical Edition Kini Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM2,479
April 29, 2025
•
Amy Maizuraa
Garmin kini mengumumkan kehadiran jam tangan Instinct 3 Tactical Edition di Malaysia. Versi terkini ini dilengkapi dengan bezel bertetulang logam yang mampu meningkatkan ketahanannya. Selain itu, ia juga hadir dalam dua pilihan saiz iaitu 45mm dan 50mm sama seperti model standard. Pengguna turut boleh memilih antara dua jenis paparan, sama ada AMOLED atau solar. Namun begitu, paparan AMOLED hanya tersedia untuk model bersaiz 50mm.

Antara kelebihan lain yang terdapat pada jam tangan ini termasuklah kompas 3-paksi, altimeter barometrik, GPS pelbagai jalur, serta mod lampu suluh hijau yang sesuai untuk kegunaan waktu malam. Selain itu, ia turut dilengkapi dengan mod gogle penglihatan malam untuk kemudahan pengguna dalam situasi gelap. Bagi model solar pula, ia mampu menawarkan hayat bateri yang tanpa had dengan syarat asalkan terdedah kepada cahaya matahari sekurang-kurangnya tiga jam setiap hari.

Bagi yang berminat, harga jualan jam tangan ini bermula daripada RM2,479 untuk model pengecasan solar. Manakala, model dengan paparan AMOLED berharga RM2,979. Jam tangan ini boleh didapati melalui kedai dalam talian Garmin, Shopee, Lazada, AECO, serta kedai fizikal yang terpilih.
Komen
Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.