CIMB Bank Berhad dan CIMB Islamic Bank Berhad memaklumkan bahawa perkhidmatan MyDebit akan mengalami gaNgguan sementara pada bulan November 2025 berikutan kerja-kerja penyelenggaraan berjadual.

Gangguan ini dijadualkan berlaku pada 7 November (Jumaat) dari pukul 2:00 pagi hingga 3:00 pagi, 8 November (Sabtu) dari pukul 12:00 tengah malam hingga 8:00 pagi, 13 November (Khamis) dari pukul 3:30 pagi hingga 4:00pagi dan 15 November (Sabtu) dari pukul 12:00 tengah malam hingga 8:00 pagi.
Pihak pengurusan CIMB memohon maaf atas segala kesulitan yang mungkin dialami sepanjang tempoh gangguan ini dan amat menghargai sokongan berterusan daripada semua pihak.






