Malaysia Oversight

Gangguan Bekalan Elektrik Dilaporkan Sekitar Lembah Klang dan Johor Bahru

By Amanz in October 15, 2025 – Reading time 1 minute
Gangguan Bekalan Elektrik Dilaporkan Sekitar Lembah Klang dan Johor Bahru



Tengkorak skull elektrik

Gangguan bekalan elektrik dilaporkan oleh pengguna di sekitar Lembah Klang sejak sejam yang lalu. Laman media sosial Tenaga Nasional Berhad (TNB) setakat ini hanya mengatakan gangguan berlaku di Kepong Kuala Lumpur. Sungguhpun begitu berdasarkan tinjauan kami di media sosial, berlaku juga gangguan di pelbagai kawasan lain sekitar Lembah Klang.

Gangguan turut dilaporkan berlaku di Johor Bahru, Ipoh dan Negeri Sembilan. Masih tiada maklumat sama ada gangguan di kesemua kawasan ini berkait antara satu sama lain. Ia berlaku dalam kawasan yang kecil dan tidak merangkumi keseluruhan kawasan bandar.

Kemaskini

Melalui kemas kini di Facebook, TNB telah mengesahkan berlakunya gangguan bekalan di sekitar kawasan Lembah Klang dan Johor Bahru akibat isu di Stesen Penjana Bebas, Edra Power Plant di Melaka. Pasukan teknikal TNB sedang berusaha memulihkan bekalan secara berperingkat kepada pengguna yang terjejas. Beberapa kawasan telah mula menerima kembali bekalan elektrik seperti sedia kala.



Source link