Gangguan bekalan elektrik yang secara besar-besaran telah melanda sebahagian besar Lembah Klang, dan beberapa kawasan di negeri-negeri lain turut melaporkan gangguan yang sama.
Di Lembah Klang, Kepong dan beberapa bahagian di Petaling Jaya – termasuk SS2, Seksyen 51A, PJ Old Town, Seksyen 14, dan Gasing Indah – adalah antara kawasan yang terjejas akibat gagguan secara mendadak itu.


Pengguna media sosial juga melaporkan gangguan dikesan di beberapa bahagian di Johor dan Perak.






