Galaxy XR Ialah Nama Set Kepala Android XR Pertama Samsung
Effi Saharudin
Set kepala realiti bercampur (MR) dengan Android XR sudah dibangunkan oleh Samsung sejak lebih setahun lalu menggunakan nama kod Project Moohan. Baru-baru ini nama set rasmi set kepala ini telah tertiris dengan ia akan menggunakan nama Galaxy XR.

Laman Sammobile menganalisa APK terkini aplikasi Camera Assistant dan bukan sahaja menemukan nama set kepala tetapi mendapati ciri rakaman gambar dan video secara 3D juga akan diperkenalkan. Pada waktu ini ciri ini disokong pada Galaxy S25 Ultra.
Dengan pelancaran siri Galaxy S26 akan dilakukan pada Januari tahun depan, ciri ini pastinya akan diberikan pada peranti ini dan mungkin juga siri Galaxy Z. Galaxy XR akan menjadi set kepala ketiga dibangunkan Samsung selepas Gear VR dan HMD Odyssey yang tidak lagi ditawarkan.
Pembangunan Galaxy XR telah ditangguh sebelum ini selepas Vision Pro dilancarkan dipercayai bagai menambah ciri baharu. Demo Android XR yang diperlihatkan ketika Google I/O menunjukkan sistem operasi ini akan berkongsi ciri yang sama dengan Apple visionOS.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.