Malaysia Oversight

Gagal memahami rakyat Sabah punca UMNO dihukum PRN

By Utusan in January 14, 2026 – Reading time 2 minute
MIC dapat jemputan Perhimpunan Agung UMNO


KUALA LUMPUR: dihukum rakyat Sabah ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) apabila gagal memahami keseluruhan pengundi negeri itu.

Timbalan Presiden , Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, terlalu terbawa dengan isu nasional tanpa lantang mengetengahkan agenda tuntas untuk Sabah.

“UMNO sudah tidak kelihatan dan kedengaran ampuh dalam memperjuangkan kepentingan Sabah untuk rakyat Sabah.

“Gagal membaca persekitaran yang berubah deras. Sebab itu kita dihukum rakyat Sabah. Pada masa yang sama, kedudukan kita dalam dipersoalkan,” katanya dalam ucapan Perasmian Serentak Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini hari ini.

Mohamad berkata, UMNO mesti jujur dengan diri sendiri terhadap keputusan PRN Sabah baru-baru ini bukan sekadar kekalahan biasa dan melihat dengan mata serta hati yang terbuka.

Katanya, parti Perpaduan dari Semenanjung ditolak secara total dengan DAP pulang dengan tangan kosong mana nyawa-nyawa ikan.

“Kita UMNO, menang. Tetapi jumlahnya tidak cukup untuk kita mendabik dada. UMNO hanya memenangi enam kerusi dari puluhan yang dipertandingkan. 

“Sabah, suatu ketika dahulu, adalah medan UMNO yang sangat kukuh dan kuat, dengan jumlah ahli paling ramai, dan jumlah bahagian yang paling banyak. Kini, kedudukan dan realiti kita sangat berbeza. 

“Orang Sabah memilih untuk menolak kita. Mereka memilih perikatan lokal yang lebih serasi dengan sentimen tempatan.  Ini menunjukkan masih banyak isu yang belum berjaya kita uruskan dengan berkesan. Parti belum pulih. Banyak yang harus kita tambah baik dan kemaskan,” katanya.-UTUSAN





Source link