Malaysia Oversight

Gabungan Umno, MCA miliki kekuatan tersendiri

By MkiniBM in October 21, 2025 – Reading time 1 minute
Gabungan Umno, MCA miliki kekuatan tersendiri


Gabungan pengalaman dan keupayaan serta MCA amat penting dalam memastikan Sabah terus berkembang maju dalam suasana politik yang stabil dan berpaksikan kesejahteraan rakyat.

Pengerusi Badan Perhubungan Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata MCA mempunyai kekuatan tersendiri di kawasan bandar manakala di luar bandar menjadikan gabungan itu tulang belakang kestabilan politik negara.

“Barisan Nasional () Sabah akan terus membuka ruang perbincangan strategik dengan rakan komponen bagi memastikan pendekatan kita menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah benar-benar berpaksikan kepentingan rakyat, bukan kepentingan individu atau kelompok tertentu.

“Kestabilan bukan sekadar slogan (sebaliknya) ia tanggungjawab dan keikhlasan untuk membina masa depan Sabah yang lebih baik bersama-sama,” katanya dalam kenyataan di Kota Kinabalu hari ini.

71f022a754789ee8952f02631b7700f9

Dalam kenyataan itu, Bung Moktar memaklumkan telah menerima kunjungan hormat Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong hari ini untuk bertukar pandangan mengenai pelbagai isu semasa serta membincangkan hala tuju menjelang PRN Sabah ke-17.

Beliau berkata pertemuan itu akan terus memperkukuh komitmen untuk kekal sebagai gabungan politik yang matang, tersusun dan berprinsip.

“Walaupun landskap politik Sabah sering berubah dan mencabar, semangat kerjasama antara parti komponen BN kekal utuh berasaskan kepercayaan dan tanggungjawab bersama-sama terhadap rakyat,” menurut kenyataan itu.

– Bernama



Source link