Malaysia Oversight

Gabungan PN rapuh, jika menang pun ‘business as usual’

By MkiniBM in August 21, 2025 – Reading time 2 minute
Gabungan PN rapuh, jika menang pun ‘business as usual’


Langkah Perikatan Nasional (PN) mengadakan pakatan longgar dengan 12 parti lain kembali mencetuskan perdebatan jika kerjasama seumpama itu mampu membawa pembaharuan bermakna atau menurut Rafizi Ramli sekadar meneruskan “business as usual”.

Menurut ahli parlimen Pandan itu, keputusan pilihan raya umum akan datang turut bergantung kepada populariti Perdana Menteri Ibrahim serta prestasi pentadbiran Madani.

4ad2b3289d3eea6f2b8b57ded0df2328

“Jika beliau () tidak berjaya menguruskan pelbagai kontroversi yang timbul saban hari dan tidak ada perubahan ketara dari pentadbiran beliau, jumlah pengundi yang mahu bertukar akan melebihi jumlah yang mahu mengekalkan , maka boleh bertukar tidak kira kecil mana pun parti-parti yang bergabung,” katanya.

Mengenai pakatan longgar PN itu, Rafizi menegaskan ujian sebenar bukan sekadar parti-parti pembangkang bersatu bagi menentang , tetapi jika mereka menang pilihan raya umum ke-16 (PRU16) akan datang.

“Mereka perlu bersetuju dengan calon perdana menteri dan menteri-menteri. Juga untuk membahagikan jawatan dan lantikan penting sesama mereka.

“Kerana di sebalik kesatuan yang ada sekarang, tidak banyak persamaan ideologi yang menyatukan perjuangan mereka.

“(Malah) mereka juga pernah menyerang sesama sendiri sebelum bersetuju untuk saling menunggang sekarang,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Jelas Rafizi, kerajaan yang terbentuk daripada dari gabungan parti-parti yang tidak sehaluan akhirnya tidak akan berjaya membangunkan dasar baru untuk membantu rakyat kerana setiap cadangan dibantah oleh parti yang lain.

“Akhirnya, kerajaan itu meneruskan “business as usual”, asalkan pemimpin parti-parti dalam gabungan dapat habuan masing-masing.

“Begitulah resam politik di Malaysia kebelakangan ini dan saya bercakap dari pengalaman sendiri,” katanya.

8134c692e124a1187dadd775aa3be5e3

Walaupun tidak dihuraikan, kenyataan itu dipercayai merujuk kepada pengalaman Pakatan Harapan bekerjasama dengan bekas seterunya seperti Dr Mahathir Mohamad – yang hanya bertahan 22 bulan – serta kini bersama .

Sebelum ini, pengerusi PN merangkap Presiden Bersatu, Yassin, berkata gabungan itu akan memberi keutamaan kepada isu-isu mendesak rakyat, sambil menambah nama rasmi gabungan akan diumumkan kemudian.

“Kami sepakat di sini – tak ada satu pimpinan parti yang tak setuju – ini satu perkara perlu diberi perhatian dan keutaman termasuk soal Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) sedang dibentang dan dibahas (yang) dilihat tak dapat selesai banyak isu utama oleh kerajaan.

“Inilah keputusan bersama pertama kami. Selepas ini, banyak lagi perkara akan dibincangkan, termasuk dengan kumpulan tertentu dalam masyarakat,” katanya.

33eaa9bf111579b2d60f09dbbeccd8e5

Bagaimanapun, semalam Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengumumkan tidak akan menyertai gabungan berkenaan kerana tidak selesa dengan sikap segelintir parti yang membangkitkan isu perkauman.



Source link