Malaysia Oversight

‘Gabungan pembangkang hanya pertaruhan terdesak parti pinggiran’

By MkiniBM in August 19, 2025 – Reading time 2 minute
‘Gabungan pembangkang hanya pertaruhan terdesak parti pinggiran’


Seorang Ahli Parlimen tampil menolak pakatan pembangkang baharu yang diterajui oleh Perikatan Nasional (PN), dengan menyifatkannya sebagai pertaruhan oportunis dan terdesak oleh parti-parti pinggiran.

Ahli Parlimen Sungai Petani, Taufiq Johari turut menyatakan bahawa pakatan itu tidak mempunyai persamaan lain selain daripada keinginan untuk bertelagah dengan pentadbiran Madani.

df90fee98592bdd10274c115fc1c5bd8
Taufiq Johari

“Jika diteliti dengan lebih dekat, komposisinya memperlihatkan abang besar , adik kecil Bersatu dan 10 lagi parti yang hampir tiada atau langsung tiada wakil.

“Ini menimbulkan persoalan sama ada ia benar-benar satu kerjasama yang mewakili rakyat atau sekadar pertaruhan terdesak oleh parti-parti yang berada di pinggiran,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, ketua PN, Yassin mengumumkan penubuhan pakatan longgar 12 parti yang terdiri daripada Bersatu, , Gerakan, Parti Masyarakat India Malaysia (MIPP), Pejuang, Muda, Putra, Berjasa, PSM, Urimai, Malaysian Advancement Party (MAP), serta Parti Gabungan India Muslim Nasional (Iman).

PSM, yang tidak hadir semasa pelancaran, kemudian menyatakan bahawa parti itu masih belum menerima mandat untuk menyertai pakatan tersebut.

6acbce676ee6f9ef9edbf565043fdb6d

Pakatan itu berhasrat untuk memperjuangkan isu-isu yang didakwa gagal diselesaikan oleh Madani, termasuk janji-janji reformasi.

Daripada semua anggota pakatan itu, hanya tiga parti sahaja yang mempunyai kerusi di Dewan Rakyat, iaitu (43), Bersatu (25) dan Muda (1).

Taufiq berkata, dia meragui bahawa penubuhan pakatan ini mampu mengubah nasib parti-parti yang sebelum ini sering kehilangan wang pertaruhan mereka semasa pilihan raya.

Sentimen politik kebelakangan ini juga berubah dengan pantas.

Pada 2018, PAS hanya memiliki 18 kerusi Parlimen manakala Bersatu, 13 kerusi, sebelum mencatatkan peningkatan besar pada 2022.

PN memperoleh lebih banyak sokongan pada pilihan raya enam negeri pada 2023, hampir menyapu bersih semua kerusi di Kedah – negeri asal Taufiq – serta menjejaskan penguasaan Pakatan Harapan di .

0067663afbbcc51b0f28737de1a46799

Dalam siri pilihan raya negeri itu, PSM dan Muda gagal memenangi sebarang kerusi.

Namun, ini sebahagiannya berpunca daripada sistem pilihan raya first-past-the-post di Malaysia, yang tidak menggalakkan pengundi memilih parti kecil, selain membolehkan mana-mana parti menang dalam pertembungan pelbagai penjuru tanpa perlu mendapat 50 peratus sokongan.

Taufiq sendiri memenangi kerusi Sungai Petani pada 2022 hanya dengan 38 peratus undi.

Dalam pilihan raya kecil paling terkini di Ayer Kuning, memenangi kerusi tersebut bagi pihak pakatan Madani, namun pengundi bukan Melayu menunjukkan peralihan undi yang ketara ke arah PSM berikutan rasa tidak puas hati terhadap persekutuan.

[Baca berita penuh]



Source link