Malaysia Oversight

Fujifilm X-T30 III Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga Bermula RM4248

By Amanz in October 23, 2025 – Reading time 1 minute
Fujifilm X-T30 III Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga Bermula RM4248


Fujifilm X-T30 III Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga Bermula RM4248

October 23, 2025
Fotografi

Amy Maizuraa

Fujifilm X-T30 III dilancarkan hari ini sebagai sebuah kamera kompak yang menawarkan prestasi imej berkualiti tinggi.

FUJIFILM X T30 III 3

Ia menggunakan sensor 26.1MP dan pemproses imej terbaru untuk menghasilkan gambar yang tajam. Kamera ini juga menyokong rakaman video sehingga 6.2K/30FPS atau 4K/FPS serta mempunyai sistem auto fokus pintar yang boleh mengesan subjek dengan tepat.

Fujifilm X T30 III 6

Fujifilm X-T30 III dilengkapi dengan Auto Mode Selector Lever baharu yang memudahkan pengguna memilih gaya warna seperti ACROS, ASTRIA dan Nostalgic Neg serta menyimpan sehingga tiga tetapan kegemaran untuk akses pantas.

Selain itu, ia mempunyai LED flash terbina yang berguna dalam keadaan pencahayaan rendah dan menyokong output video RAW melalui port micro-HDMI.

Kamera ini turut menggunakan kad memori SD jenis UHS-I manakala baterinya mampu merakam sehingga 425 gambar bagi setiap pengecasan.

Fujifilm X T30 III 6

Fujifilm X-T30 III menyokong mod video menegak 9:16 yang sesuai untuk kandungan pendek di media sosial.

Ia juga dilengkapi fungsi Portrait Enhancer untuk potret lebih menarik manakala skrin belakangnya turut boleh dicondongkan bagi memudahkan penggunaan dari pelbagai sudut.

Kamera ini turut serasi dengan aplikasi Fujifilm XApp serta pencetak Instax Link terpilih yang membolehkan cetakan gambar terus dari kamera dengan mudah.

Fujifilm X T30 III 4

Di Malaysia, Fujifilm X-T30 III ditawarkan pada harga RM4,248 untuk badan sahaja atau RM4,898 bersama lensa kit XC13-33mm.

FUJIFILM Malaysia

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link