Malaysia Oversight

Ford Kini Menjadi Mengeluarkan Pek Bateri Untuk Keperluan Pusat Data

By Amanz in December 16, 2025 – Reading time 1 minute
Ford Kini Menjadi Mengeluarkan Pek Bateri Untuk Keperluan Pusat Data


Ford Kini Menjadi Mengeluarkan Pek Bateri Untuk Keperluan Pusat Data

December 16, 2025
Automotif

Effi Saharudin

Ford ialah syarikat pertama menghasilkan kereta pada skala besar membolehkan Model T dijual pada harga mampu milik. Teknik kilang dengan pengeluaran bergerak diguna pakai sehingga sekarang 112 tahun selepas dicipta oleh Henry Ford. Walaupun menjadi pelopor pengeluaran kereta, usaha Ford dalam arena kereta elektrik (EV) adalah kurang berjaya dan kini mereka menerjah masuk ke dalam arena bekalan kuasa menggunakan pek bateri.

Ford F 150 Lightning A

Kilang pengeluaran pek bateri EV mereka di Kentucky yang tidak begitu mendapat sambutan kini diubahsuai menjadi mengeluarkan pek bateri untuk pusat data. Mereka akan melabur $2 bilion dengan sasaran mengeluarkan 20 GWhr pek bateri setahun bermula 2027. Ia akan dipasarkan kepada pusat data, syarikat utiliti dan syarikat perindustrian berskala besar.

Perniagaan pengeluaran pek bateri untuk keperluan industri ini dilakukan menerusi kerjasama dengan SK On, SK Battery America, dan BlueOval SK. Perubahan skop pengeluaran bateri untuk EV ke keperluan tenaga industri ini dilakukan kerana jualan EV Ford yang kurang menggalakkan. Jualan susut selepas kredit pembelian EV tidak lagi ditawarkan oleh .



Source link