Fon Kepala SteelSeries Arctis Nova Elite Dilancarkan Secara Rasmi
Amy Maizuraa
SteelSeries memperkenalkan Arctis Nova Elite iaitu fon kepala baharu yang direka khas untuk permainan video. Ia menjadi yang pertama dalam industri menyokong audio resolusi tinggi 96kHz/24-bit melalui codec LC3+ generasi baharu. Ia juga menggunakan pemacu gentian karbon 40mm untuk menghasilkan gerakan tepat dan audio yang lebih realistik.

Ciri pembatalan bunyi aktif (ANC) dipertingkatkan mampu mengurangkan hingar sehingga 42% sekali gus meningkatkan pengalaman audio yang lebih imersif.
Melalui sistem OmniPlay dan GameHub baharu, pengguna boleh menyambung ke empat sumber audio serentak iaitu dua USB-C, Bluetooth dan line-in tanpa menjejaskan kualiti bunyi.
Arctis Nova Elite juga serasi dengan PC, PlayStation, Xbox dan Nintendo Switch untuk audio yang konsisten dan lancar.


Sokongan sistem dwi-bateri membolehkan pengguna menukar bateri tanpa gangguan dengan setiap bateri menawarkan sehingga 30 jam penggunaan (menjadikan jumlah keseluruhan 60 jam).
Mikrofon pintar berkuasa AI digunakan mampu menapis sehingga 97% bunyi latar manakala mikrofon sekunder boleh diaktifkan secara automatik apabila mikrofon utama disimpan.

Dari segi sambungan, Arctis Nova Elite menyokong 2.4GHz melalui dongle, Bluetooth 5.3 dan LE Audio untuk sambungan yang stabil. Fon kepala ini dijual pada harga AS$599.99 (~RM2,524).
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






