Fon Kepala Bowers & Wilkins Px8 S2 Dijual Di Malaysia Pada Harga RM3299
Amy Maizuraa
Bowers & Wilkins melancarkan fon kepala Px8 S2 baharu sebagai kemas kini kepada rangkaian aksesori audio mereka. Rekaannya lebih nipis dan selesa dengan angkup kepala yang kini lebih tahan lasak. Ia juga diperbuat daripada kulit Nappa, kusyen foam dan angkup kepala aluminium yang kukuh.

Px8 S2 pemandu audio gentian karbon 40mm seperti sebelumnya tetapi kini hadir dengan struktur, sokongan dan magnet yang dinaik taraf. Ia turut dilengkapi sistem bunyi khas dan pemproses digital yang dipertingkat bagi mengurangkan kecacatan bunyi. Fon kepala ini turut menyokong aptX Adaptive dan aptX Lossless, serta akan menerima codec LC3 dan Auracast melalui kemas kini aplikasi.

Fon kepala ini dilengkapi lapan mikrofon dengan susunan baharu yang turut digabungkan dengan teknologi ADI PureVoice untuk panggilan yang lebih jelas. Pengguna juga boleh kemas kini dan laras equalizer melalui aplikasi Bowers & Wilkins Music atau memilih mod True Sound.

Bateri disertakan boleh bertahan sehingga 30 jam dengan ANC aktif, manakala pengecasan selama 15 minit menawarkan 7 jam penggunaan. Fon kepala ini juga boleh dilipat dan disimpan dalam bekas khas, lengkap dengan kabel USB-C ke 3.5mm dan USB-C ke USB-C. Bagi yang berminat, fon kepala ini tersedia di Malaysia dengan harga RM3,299.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






