Flash Express Akan Menamatkan Operasi Di Malaysia
December 28, 2025
Niaga
Aman
Flash Express, salah satu perkhidmatan penghantaran dan logistik kini mengumumkan mereka akan menghentikan operasi di Malaysia. Sebab disebaliknya tidak dinyatakan buat masa ini. Tarikh terakhir untuk penghantaran melalui perkhidmatan berkenaan adalah pada 15 Januari 2026, dan selepas itu, tiada lagi tempahan akan diproses.

Sebarang tempahan yang dilakukan sebelum atau pada 15 Januari 2026 akan diproses penghantarannya seperti biasa.
Beberapa perkhidmatan yang menguruskan Flash Express turut telah memberikan alternatif kepada pengguna dalam menguruskan penghantaran masing-masing, termasuk antaranya adalah J&T Express, SPX Express, dan juga Pos Laju.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






