Malaysia Oversight

Filem Aksi Nyata Sleeping Dogs Menerima Sentuhan Pengarah Indonesia

By Amanz in December 30, 2025 – Reading time 1 minute
Filem Aksi Nyata Sleeping Dogs Menerima Sentuhan Pengarah Indonesia


Filem Aksi Nyata Sleeping Dogs Menerima Sentuhan Pengarah Indonesia

December 30, 2025
e-Permainan
Kreatif

Effi Saharudin

Projek filem adaptasi aksi nyata Sleeping Dogs diumumkan beberapa tahun lalu dengan Donnie Yen dilaporkan berminat memainkan watak nyata. Projek ini sudah lama tergendala selepas Yen meninggalkan projek.

Semalam Simu Liu yang terkenal sebagai watak utama filem Shang Hi mengumumkan pembikinan filem Sleeping Dogs akan diteruskan dengan pengarah Indonesia Timo Tjahjanto akan mengarahkan filem ini.

Sleeping Dogs

Timo Tjahjanto sebelum ini mengarahkan filem The Night Comes For Us, The Shadow Strays dan Sebelum Iblis Menjemput. Untuk projek baharu ini, Simu Liu turut akan memegang jawatan sebagai penerbit filem.

Permainan Sleeping Dogs dilancarkan pada tahun 2008 oleh Square Enix dengan ia dibangunkan oleh United Front Games. Ia ditawarkan ke PC, PlayStation 3 dan Xbox 360. Semasa dilancarkan, Sleeping Dogs dilihat sebagai GTA tetapi versi Hong Kong. Ia melibatkan watak Wei Shen, seorang anggota polis yang menyamar untuk menyusup masuk ke dalam organisasi kongsi gelap Sun On Yee. 

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link