Penyanyi Ampal, John Samud, bekas pemain bola Henry Soimpon antara figura seni sukan bertanding PRN Sabah ke-17 pelbagai kerusi DUN.
KOTA KINABALU: Figura seni dan sukan antara calon yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 selepas tamatnya proses penamaan calon.
Penyanyi dan pelakon terkenal Abu Bakar Ellah atau Ampal bertanding atas tiket Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat bagi kerusi DUN Kuamut.
Beliau berdepan persaingan lapan penjuru menentang calon daripada UPKO, GRS, PIS, PPRS, Warisan, Bebas dan STAR.
Penyanyi veteran Kadazandusun John Samud juga mewakili KDM dengan bertanding di DUN Tempasuk.
Pertandingan di kerusi itu melibatkan tujuh penjuru termasuk calon GRS, PKS, BN, PIS, Warisan dan STAR.
Bekas pemain dan pengurus pasukan bola sepak Sabah Henry Soimpon merupakan calon KDM di DUN Kiulu.
Beliau berdepan lapan calon lain termasuk daripada GRS, PKS, Anak Negeri, Warisan, UPKO, PIS dan STAR.
Bekas bintang bola sepak Sabah Jekerison Kilan pula bertanding di DUN Nabawan mewakili KDM.
Beliau menghadapi saingan sembilan penjuru menentang calon UPKO, BN, Warisan, GRS, PKS, PIS, STAR dan PN.
Bekas penyampai berita RTM Kota Kinabalu Francis Fahir menyertai gelanggang pilihan raya mewakili STAR di DUN Pantai Dalit.
Beliau berdepan pertandingan tujuh penjuru menentang calon PN, Warisan, GRS, KDM, PIS dan BN. – Bernama
Post Views: 1






