Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail mengecam keputusan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) yang menolak rayuan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam isu tujuh pemain warisan.
Baginda bertitah, Fifa terus menghukum pemain dengan tidak menggunakan peruntukan sebenar undang-undang.
Titah baginda, Artikel 22 kod Fifa menyatakan bahawa hanya mereka yang memalsukan atau menggunakan dokumen palsu boleh dikenakan tindakan.
“Dengan kata lain, hukuman yang dikenakan ini tidak berasaskan undang-undang dan kelihatan lebih bersifat ‘bermotif politik’ berbanding sebab yang sebenar,” katanya.
Bagaimanapun, titah baginda, ketika ada yang memilih untuk menuding jari dan membuat bising, baginda sebaliknya memilih sebaliknya.
Tambahnya, baginda menyokong perjuangan berhabis-habisan pemain, yang kini akan diteruskan ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS), yang dirujuk baginda sebagai sebagai badan bebas.






