FBI Memulakan Siasatan Ke Atas Archive.Today Yang Digunakan Untuk Memintas Laman Berbayar
Effi Saharudin
Biro Siasatan Persekutuan Amerika Syarikat (FBI) telah memulakan siasatan ke atas laman Archive.Today yang digunakan untuk memintas kandungan laman berbayar. Sepina telah dihantar kepada pendaftar domain Tucows di Kanda bagi mengenalpasti siapakah pemilik dan pengendali laman.

FBI tidak menyatakan sama ada jenayah telah dilakukan dan sekadar melakukan pertanyaan untuk memulakan siasatan. Selain memintas kandungan yang dikunci di sebalik bayaran langganan, ia juga merekodkan perubahan yang dilakukan pada laman web milik kerajaan.
Buat pengendali laman, perkhidmatan yang ditawarkan Archive.is mendatangkan kerugian kerana kandungan boleh dibaca sesiapa sahaja tanpa bayaran yang sepatutnya. Pada waktu yang sama ia juga adalah sumber untuk mengakses kandungan yang dihalang oleh kerajaan atas sebab-sebab tertentu.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






